Sunday, February 28, 2010

::MAKAN lagi!!!@Nasi Claypot di PKNS~

Today is weekend.. So,lets lunch outside!!! Hihii.. Sekali-sekala tukar selera.. Asyik makan makanan bergoreng, xpun ikan bakar je kat kafe nie..

Jalan2 cari makan wif me kali nie.. Jom kita ke PKNS, Bangi.. Hehe.. :P Actually, PKNS nie port lepak me and de gang mase zaman junior.. Zaman baru dapat lesen, zaman baru bawak kete kat kampus, huhuu.. Mase tu xbrani kuar jauh2, nak g Putrajaya pun xbrani sgt.. *coz tue je tempat paling dekat+sedap selain kedai2 makan kat Seksyen 15*

Sejak semalam teringin nak minum laicikang+nasi ayam claypot+popia goreng.. *tapi tadi popia blum dijual* Sume nie kat Food Court PKNS, tingkat atas skali.. Tiga2 makanan nie di gerai lain2... Try laa..

::Laicikang@RM2~

::Mcm2 ade, laici+longan+barli etc... Taste? OK laa.. Tapi laicikang paling best still kat SP, tepi PTPTL.. Betul2 ori klu kt cne, siap ade telur puyuh lagi tau, hihi..~ *but, dh lama x g minum laicikang@makan kt cna.. xtau laa if quality still maintain or.......~

::Nasi ayam claypot.. Sedap!!! Hihii.. Tapi qtt dh kurang, dulu lagi byk.. Tapi, OK laa... Diorg guna nasi ayam, and kat bawah nasi tue ade ayam+carrot.. balancing diet!!!~ :P RM4.50... (nasi claypot termurah yg penah dibeli coz slalunye RM5 and above laa kn harga standard utk nasi claypot)

::Nie Atun pnye, Kuey Teow sup claypot.. Mendidih2 lagi mase sampai kat meja.. Sedap gaks!!! +ade telur lagi yg dipecahkan terus ke dalam kuey teow tue..~ RM4.30..

::Dah lama xbli buku, so... Singgah jap kt Kedai buku Shabab.. Pusing3, terpikat dgn buku nie.. Hihii.. :P

Wednesday, February 24, 2010

::Kembara Kenyalang::

Alhamdulillah.. Finally, berjaya juga memperuntukkan sedikit masa untuk mencatatkan pengalaman selama 5 hari 4 malam OPKIM di bumi kenyalang@Sarawak *mulai 14-18 Februari 2010*...

OPKIM ke Sarawak anjuran persatuan Mahasiswa/ Sarawak (PEMASRA) disertai seramai 34 mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi daripada pelbagai fakulti. Perjalanan kami bermula pada jam 12.30pm (bertolak dari Pusanika UKM) ke LCCT, Sepang dan penerbangan dengan pesawat Air Asia pada jam 3.20pm dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching +- jam 5.15pm... Seterusnya kami bertolak ke Gedong +-6.15pm dan singgah di Pasar Malam Serian untuk mengisi perut.. Perjalanan ke Gedung diteruskan pada jam 8.30 dan kami tiba di sana sejam kemudiannya.. Sebaik tiba, majlis penyerahan anak anak serta perasmn program dijalankan..

Hari kedua hingga keempat dipenuhi pelbagai aktiviti yang melibatkan mahasiswa/i, keluarga angkat serta penduduk kampung.. Antaranya lawatan ke rumah panjang, sukaneka, karaoke, gotong-royong, berekreasi di Taman Rekreasi Ranchan, program motivasi bersama pelajar SK Abg Kadir serta persembahan penutupan program@Malam Kebudayaan.. Hari kelima, majlis perpisahan bersama keluarga angkat serta penduduk kampung... Kami juga berkesempatan bersiar-siar di Bandaraya Kuching... Kami berlepas plang ke Semenanjung dari Kuching lebih kurang 10pm dan tiba di LCCT +-1145pm..

Alhamdulillah, kesemua program berjalan lancar sebagaimana yang dirancang dan diharapkan..

Buat semua teman-teman lama dan baru sepanjang OPKIM di Sarawak, ampn dan maaf dipohon andai ada salah silap atau terlanjur bicara sepanjang persahabatan yang terjalin di sana.. Juga buat keluarga angkat di Simunjan... Moga ikatan ukhuwah yang terbina, kekal selamanya meniti perjalanan waktu... Insya-Allah... :)

Sehingga berjumpa lagi di lain entry, salam manis dari saya@MAZNIE...

::Kek Lapis Sarawak@Pemberian dari family angkat::

::Cantikkan?::

::Terubuk masin.. Actually beli lagi banyak.. tapi nie je yg tinggal after bg kat my dad's worker+jiran2::

*p/s:Entry ini akan diedit semula+di-uploadkan gambar*

Wednesday, February 3, 2010

::Welcome to our family@Muhamad Hadif Imran~

Buat kakak saya Noor Aziah & suami, tahniah atas kelahiran cahaya mata ke4..

::Muhamad Hadif Imran Bin Othman~

Born on 02February2010, on his parents 7th wedding anniversary~ Semoga Hadif menjadi anak yg soleh.. Insya-Allah.. :)