OPKIM ke Sarawak anjuran persatuan Mahasiswa/ Sarawak (PEMASRA) disertai seramai 34 mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi daripada pelbagai fakulti. Perjalanan kami bermula pada jam 12.30pm (bertolak dari Pusanika UKM) ke LCCT, Sepang dan penerbangan dengan pesawat Air Asia pada jam 3.20pm dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching +- jam 5.15pm... Seterusnya kami bertolak ke Gedong +-6.15pm dan singgah di Pasar Malam Serian untuk mengisi perut.. Perjalanan ke Gedung diteruskan pada jam 8.30 dan kami tiba di sana sejam kemudiannya.. Sebaik tiba, majlis penyerahan anak anak serta perasmn program dijalankan..
Hari kedua hingga keempat dipenuhi pelbagai aktiviti yang melibatkan mahasiswa/i, keluarga angkat serta penduduk kampung.. Antaranya lawatan ke rumah panjang, sukaneka, karaoke, gotong-royong, berekreasi di Taman Rekreasi Ranchan, program motivasi bersama pelajar SK Abg Kadir serta persembahan penutupan program@Malam Kebudayaan.. Hari kelima, majlis perpisahan bersama keluarga angkat serta penduduk kampung... Kami juga berkesempatan bersiar-siar di Bandaraya Kuching... Kami berlepas plang ke Semenanjung dari Kuching lebih kurang 10pm dan tiba di LCCT +-1145pm..
Alhamdulillah, kesemua program berjalan lancar sebagaimana yang dirancang dan diharapkan..
Buat semua teman-teman lama dan baru sepanjang OPKIM di Sarawak, ampn dan maaf dipohon andai ada salah silap atau terlanjur bicara sepanjang persahabatan yang terjalin di sana.. Juga buat keluarga angkat di Simunjan... Moga ikatan ukhuwah yang terbina, kekal selamanya meniti perjalanan waktu... Insya-Allah... :)
Sehingga berjumpa lagi di lain entry, salam manis dari saya@MAZNIE...
*p/s:Entry ini akan diedit semula+di-uploadkan gambar*
No comments:
Post a Comment